Pembaca Setia

11 February 2009

Pembinaan tamadun




Proses pembinaan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Para sarjana berpendapat bahawa ciri-ciri tamadun ialah perkembangan petempatan kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, kepercayaan dan agama, pembandaran dan sistem tulisan.

Manusia memilih kawasan yang memudahkan mereka menjalankan kehidupan harian. Tamadun-tamadun awal manusia bermula di kawasan lembah sungai. Kawasan ini dipilh sebagai petempatan kekal kerana tanah yang subur untuk pertanian, bekalan air untuk aktiviti pertanian dan penternakan, bekalan makanan (sumber ikan), kemudahan pengangkutan dan perhubungan bagi aktiviti pertukaran barang dan perdagangan.



Sumber: Brittanica Encylopedia.

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...