Pembaca Setia

31 August 2009

Rujukan PENGURUSAN BILIK DARJAH

Klik Pautan Di sini

11 August 2009

2D Tessellation Design


Definition of Tessellation

A tessellation is created when a shape is repeated over and over again covering a plane without any gaps or overlaps.

Another word for a tessellation is a tiling. Read more here: What is a Tiling?

A dictionary* will tell you that the word "tessellate" means to form or arrange small squares in a checkered or mosaic pattern. The word "tessellate" is derived from the Ionic version of the Greek word "tesseres," which in English means "four." The first tilings were made from square tiles.

A regular polygon has 3 or 4 or 5 or more sides and angles, all equal. A regular tessellation means a tessellation made up of congruent regular polygons. [Remember: Regular means that the sides of the polygon are all the same length. Congruent means that the polygons that you put together are all the same size and shape.


Source:

http://mathforum.org

Click Here for More Information about the Tessellation

08 August 2009

KHIDMAT MASYARAKAT PELAJAR IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN DENGAN KERJASAMA JKKK KAMPUNG TELUK TEDURI, BALING, KEDAH

Tarikh: 25 Julai 2009

Program: Sukaneka, Latihan Dalam Kumpulan dan Motivasi Kecemerlangan.

Sasaran: Murid-murid sekolah rendah di sekitar kawasan kampung.


^ Sesi Motivasi Kecemerlangan

^Latihan Dalam Kumpulan

^ Aktiviti Sukaneka

^ Penerangan oleh Fasilitator semasa aktiviti sukaneka.

^ Aktiviti Senamrobik

^ Para Pelajar 2PISMP Kajian Sosial / Pendidikan Jasmani 1 yang telah menjayakan BIG (Khidmat Masyarakat)

KEMAHIRAN GEOGRAFI: KEDUDUKAN

- Kenalpasti kedudukan garisan timuran dan garisan utaraan berasaskan peta topografi

- Menyatakan rujukan grid 4 angka dan 6 angka berdasarkan ciri-ciri geografi yang diberi.

- Membanding dan membeza penggunaan rujukan grid 4 angka dan 6 angka.

- Melihat dan menyatakan ketinggian dalam peta lakar yang berasaskan peta topografi.

- Membanding dan membezakan simbol-simbol ketinggian.

- Mengira ketinggian berdasarkan selang kontur.

- Menamakan ciri-ciri bentuk muka Bumi berdasarkan garisan kontur.

- Melukis keratan rentas berdasarkan garisan kontur yang diberi.

- Menjelaskan ciri-ciri bentuk muka Bumi berdasarkan keratan yang dilukis.

07 August 2009

Kepentingan Pengetahuan Geografi


Pengetahuan Geografi penting untuk:
  1. Memahami kenapa tempat atau kawasan dan unsurnya wujud dan dimana ia berada.
  2. Apa makna keadaan dan kawasan itu sebelum, sekarang dan masa akan datang.
  3. Bagaimana lokasi tempat dan kawasan tersebut memberi kesan kepada tempat lain.
  4. Antara persoalan penting untuk dijawab dalam kajian geografi ialah:
  • Persoalan asas - apa, dimana, kenapa & bagaimana?
  • Kenapa manusia dan aktiviti wujud dan dimana ia sekarang?
  • Bagaimana wujud unsur, elemen dan aktiviti disatu-satu tempat berinteraksi dan menjadikan sesuatu lokasi, ruang, tempat dan kawasan itu unik?
  • Apakah hubungan antara lokasi, ruang, tempat dan kawasan yang berbeza kawasannya?
  • Apakah faktor atau daya yang menyebabkan peyerakan dan pengagihan unsur, elemen dan aktiviti mengikut lokasi, ruang, tempat dan kawasan.

Oleh kerana banyak kekeliruan berkaitan dengan geografi, William Patterson mengklasifikasikan pengajian geografi kepada empat bahagian iaitu:

  • Tradisi Ruangan
  • Tradisi Kajian Kawasan
  • Tradisi Manusia dan Alam Sekitar
  • Tradisi Sains Bumi

Rujukan: Nota Kuliah Encik Salis
Pensyarah PSS3104

Apakah Kepentingan Geografi dalam Kurikulum Pengajian Sosial?

Menurut pendapat saya, Geografi merupakan satu subjek yang amat penting untuk dipelajari oleh semua individu. Hal ini demikian kerana subjek ini memberikan pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Dalam aspek Pengajian Sosial, kemahiran geografi, geografi fizikal dan manusia dan kajian geografi membolehkan setiap individu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan seharian.


Selain itu, antara kepentingan geografi dalam kurikulum pengajian sosial adalah untuk melengkapkan diri setiap individu dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. Subjek geografi juga menyediakan diri setiap individu untuk menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat.


Kandungan subjek geografi amat relevan dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan bidang Pengajian Sosial dalam aspek kehidupan manusia. Geografi juga penting untuk memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar.


Pemahaman setiap individu tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global.


Kesimpulannya, geografi merupakan sebahagian daripada unsur-unsur yang terkandung di dalam Pengajian Sosial dan mempunyai kepentingan yang amat berkaitan dalam meningkatkan kualiti kehidupan manusia bermasyarakat.

Empat Tradisi Pengajaran Geografi yang digagaskan oleh Patterson (1964)

1. Tradisi Ruangan (The Spatial Traditions)
2. Tradisi Kajian Kawasan (Area Studies Traditions)
3. Tradisi Manusia dan Alam Sekitar (Man-lan Traditions)
4. Tradisi Sains Bumi (Earth Science Traditions)

Apakah Disiplin Geografi & Huraikan Perbezaan Di Antara Geografi Fizikal Dan Geografi Manusia

Menurut Ensiklopedia Bebas Wikipedia, Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan").


Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Menurut laman web http://www.sabah.net.my pula, Geografi ditakrifkan sebagai satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi.Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.

Di samping itu pengajian geografi ialah mengenai perhubungan atau saling hubungan antara kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.

Tambahan pula geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunnjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyaisaling hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.

Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Ini bermakna geografi bukanlah satu bentuk pengetahuan tetapi ia adlah satu bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek sains sosial dan sains semulajadi. Konsep geografi ini adalah konsisten dengan falsafah serta ideanya iaitu:

1. Geografi sebagai satu sintesis

2. Geografi sebagai satu pandangan

Dalam konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.

Oleh sebab itu Geografi ialah satu mata pelajaran yang kompleks adalah sukar untuk memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting dan menarik.

UNESCO (1956) mendifinisikan geografi sebagai:

1. satu agen sintesis

2. satu kajian perhubungan ruang

3. sains dalam penggunaan tanah

John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.

Geografi terbahagi kepada beberapa cabang iaitu Geografi Fizikal dan juga Geografi Manusia

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang, Bumi sebagai satu sistem, Batuan, Laut dan lautan, Iklim, Luluhawa, Ekosistem, Tumbuhan dan haiwan liar.

Secara keseluruhannya, Geografi Fizikal adalah segala yang berkaitan dengan permukaan Bumi yang meliputi tanah, air, udara, corak, suhu, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya (atmosfera, biosfera, hidrosfera, litosfera).


Geografi Manusia pula melibatkan kajian tentang keruangan di permukaan bumi yang mengambil manusia sebagai objek utama. Ia meliputi geografi kependudukan, aktiviti ekonomi, geografi politik, geografi kebudayaan, geografi kemasyarakatan, geografi tingkah laku dan geografi sosial.


Geografi Manusia memberi tumpuan kepada interaksi antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan alam sekitar. Penekanan diberi kepada taburan dan pola yang wujud akibat perubahan pandang darat fizikal dan budaya dalam usaha manusia untuk kesejahteraan hidup.


Menurut Wikipedia, geografi manusia merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.


Pada ketika pelopor alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua sub-bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE), dan kajian ancaman semulajadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...