Pembaca Setia

16 September 2009

Kumpulan Nasyid Soutul Mualim IPGM Kampus Tuanku Bainun - JOHAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2009




BAYAN LEPAS, 23 Julai - Kumpulan Nasyid Soutul Muallim dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam dan Kumpulan Ash-Syakirin dari sebuah syarikat swasta Variasi Reka dari Butterworth muncul sebagai johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas semalam.


Soutul Muallim memenangi kategori terbuka iringan muzik secala live membawa lagu hasil karya Aizat Abibullah dan lirik oleh Sabri Ariffin 'Ummah Bersatu' memerima wang tunai RM3,000 dan tropi.


Manakala johan kategori moden dan tradisi iringan muzik minus-one Ash-Syakirin yang membawa lagu ciptaan dan lirik Rosni Salleh dengan naungan Saudara Mohd Rodzi Abdul Rahman juga menerima wang RM3,000 dan piala kemenangan.


Kategori terbuka kali ini menyaksikan lima kumpulan yang mengambil bahagian iaitu Al-Zaiyan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Al-Falah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang, Ainul Mardhiah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Kemas), Amani dari Institut Pendidikan Guru Malaysia juga dari Kampus Pulau Pinang serta johan Soutul Muallim Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Muzik dan Pengajian Agama).


Sementara itu, dalam kategori moden dan tradisi selain kumpulan Ash- Syakirin yang mewakili syarikat swasta Variasi Reka turut mengambil bahagian ialah Shoutul Rahman dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Nur Firdausi dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Al-Masry dari Sekolah Menengah Al-Masriyah Bukit Mertajam, Salsabil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shoutul Jihad dari AADK Kampung Selamat Seberang Perai Utara, Andalusia Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Of-One Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (Pengajian Melayu), Khazanah Mutiara dari Jabatan Kewangan Negeri serta Syafwah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang.


Program tersebut turut dihadiri oleh Tun Yang Terutama, Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas dan isiterinya, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor Shariff, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Abdul Halim Husain dan Exco Kerajaan Negeri, Haji Abdul Malek Abul Kasim.


SUMBER Berita: KLIK DISINI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...