Pembaca Setia

08 October 2009

Permainan Kanak-kanak







Nama Permainan : Pulau Mutiara

Bilangan Pemain : 4 orang atau lebih tetapi dalam bilangan genap tetapi tidak melebihi 12 orang.

Alatan Permainan :

1. Empat helai kain pelekat. (Sekiranya pemain seramai 8 orang)

2. Bola baling atau bola tampar

3. Jaring.

Cara Permainan :

1. Pastikan peserta terdiri daripada lapan orang atau dalam bilangan genap. Sekiranya lapan orang permainan memerlukan dua kumpulan iaitu empat sebelah.

2. Setiap kumpulan mempunyai dua kain pelekat.

3. Dua orang pemain untuk satu kain pelekat. Ini bermakna jika empat sebelah 2 kain pelekat diperlukan untuk satu permainan.

4. Kedua-dua kumpulan perlu membuat hantaran kepada pasukan lawan dengan menggunakan kain pelekat.

5. Bola yang dihantar dan disambut mestilah melepasi jaring.

Syarat-syarat :

1. Pemain mestilah terdiri daripada bilangan yang sama dari kedua-dua kumpulan.

2. Hantaran yang dilakukan mestilah menggunakan kain pelekat dan juga disambut dengan kain pelekat oleh pasukan lawan.

3. Sekiranya bola gagal disambut. Markah akan diberikan kepada pasukan lawan.

4. Permainan akan terbatal sekiranya terdapat pemain yang menggunakan tangan atau kaki untuk mendapatkan bola atau menghantar bola.

5. Bola yang dihantar dan disambut mestilah melepasi jaring sekiranya tidak giliran permainan akan diberikan kepada pasukan lawan.

6. Main secara berhemah dan tidak terlalu agresif.

Pengadilan :

1. Markah dikira berdasarkan jumlah bola yang berjaya disambut bukan berjaya dihantar.

2. Markah satu diberikan kepada kumpulan yang berjaya menyambut bola dan markah akan dipotong sekiranya terdapat mana-mana pemain yang menggunakan kaki atau tangan.

Langkah Keselamatan :

1. Pastikan setiap pemain memanaskan badan sebelum bermain bagi mengelakkan risiko kekejangan otot atau lenguh sendi.

2. Pemain perlu bijak mengawal bola agar tidak mengenai anggota badan sekiranya hantaran bola agak kuat.

3. Semasa memegang kain pelekat pastikan kedua-dua pemain bekerjasama dan jangan sekali-kali melepaskan kain sekiranya kain di tarik dengan tegang. Sekiranya pemain berbuat demikian anda mungkin terjatuh.

4. Sekiranya berlaku kecederaan segera dapatkan rawatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...