Pembaca Setia

04 November 2009

Kesan Banijr Terhadap Manusia




Menurut Marvin, 1969 kesan - kesan bahaya akibat banjir meliputi kerosakan struktur dan hakisan, kehilangan harta benda dan nyawa, pencemaran makanan dan air, gangguan aktiviti sosio-ekonomi termasuk pengangkutan dan komunikasi dan kerosakan pada tanah pertanian. Kejadian banjir juga menyebabkan berlakunya kerosakan kepada bangunan dan isinya, kepada perkhidmatan seprti jalan-jalan dan bekalan kuasa, mesin - mesin dan peralatan industri, perdagangan dan pengeluaran luar bandar. ( Higgins, Roger John 1982 )

KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

1. Kemusnahan Tanam-tanaman
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

2. Kemusnahan Harta Benda


Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

3. Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

4. Kematian


Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran dengan sungai.

5. Kerugian Kerajaan


Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi. Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.


Mengikut ESCAP, 1984 telah mengklasifikasikan jenis kerosakan banjir kepada tiga kategori iaitu kerosakan langsung (direct damages), kerosakan tidak langsung (indirect damages) dan kerosakan tidak ketara (intangible damages). Manakala Marvin pula mengatakan bahawa kerosakan banjir boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu kerosakan ketara ( tangible damages ) dan kerosakan tidak ketara ( ntangible damages). Bagi kerosakan ketara pula boleh dibahagikan kepada kerosakan langsung dan kerosakan tidak langsung.


Baca lagi? KLIK SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...