Pembaca Setia

18 October 2010

Nilai dan Semak : Menilai kaedah dan media

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

  • Penilaian melibatkan aspek:
  • Menilai pencapaian pelajar
  • Pembelajaran yang dihasilkan
  • Menilai media dan kaedah
  • Kualiti Media
  • Penggunaan guru
  • Penggunaan murid

Menilai kaedah dan media

Kualiti media seringkali dilihat dari sudut sumbangannya terhadap pembelajaran. Terdapat ciri-ciri yang telah ditetapkan dalam aspek ini seperti:
  • Adakah media berkesan?
  • Bolehkah ia dipertingkatkan?
  • Adakah ia berguna?
  • Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?
  • Adakah ia mencetuskan minat pelajar?
  • Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

Terdapat beberapa senarai lain yang juga elok dijadikan garis panduan ketika menilai media iaitu:
  • Kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar.
  • Menyokong pemikiran tinggi (Soktratik)
  • Memperkembangkan kemahiran berfikir.
  • Menyampaikan kandungan secara mendalam.
  • Meransang naluri ingin tahu pelajar
  • Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif.
  • Membolehkan penerokaan isu secara mendalam.
  • Menghubungkaitkan bidang pelajaran
  • Meningkatkan nilai murni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...