Pembaca Setia

27 January 2011

PROGRAM BERSAMAMU KHAS UNTUK PARA GURU PELATIH IPG KAMPUS TUANKU BAINUN YANG TIDAK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA

19 January 2011

Takwim Pengajian 2011

Info untuk IPG Kampus Tuanku Bainun Sahaja

CUTI PERTERNGAHAN SEMESTER 1/2011

Seperti yang dimaklumkan oleh Jabatan HEP cuti Pertengahan Semester pada kali ini akan bermula pada 29 Januari hingga 6 Februari. Cuti tersebut berbetulan dengan cuti Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 3-4 Februari 2010. Untuk maklumat lanjut tentang takwim pengajian 2011 boleh muatturun melalui pautan berikut. TAKWIM PENGAJIAN 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan HEP.

07 January 2011

Perkaitan pendapat tokoh dengan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

Terdapat empat orang tokoh yang mempunyai pendapat dan kecenderungan yang berbeza dalam aspek penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Gagne - bahan bercetak.
Bruner - penggunaan peta minda dan bahan eksperimen.
Bandura - relia, model.
Vygotsky - rakan sebaya, penggunaan bahan / sumber / alat.


Gagne ("Conditions of Learning")

Menurut pendapat gagne, beliau menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran, rangsangan, deria dan motivasi.

Baca tambahan I.
Baca tambahan II.

Gagne juga berpendapat bahawa penggunaan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran mampu membantu murid menguasai pelajaran.



Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan atau pun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dibidang masing-masing. Bahan ini akan diwarisi untuk dijadikan sumber rujukan bagi generasi hari ini dan dan datang.




MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) 2010 End Year Result


^ Klik SINI untuk membuat semakan keputusan anda.

06 January 2011

Teknologi dan pendidikan

Teknologi membantu kita membuat keputusan. Sebagai contoh, teknologi membantu kita memproses data. Di dalam dunia pendidikan, teknologi amat membantu guru melaksanakan proses pengajaran dengan lebih berkesan.

Teknologi berbeza-beza mengikut perubahan zaman semasa. Sebagai contoh, suatu ketika dahulu guru hanya menggunakan kaedah tradisional untuk mengajar seperti menulis di papan hitam. Tetapi, pada zaman kini iaitu dalam era teknologi dan globalisasi, proses pengajaran daan pembelajaran menjadi semakin mudah. Contohnya, dengan menggunakan komputer dan internet, guru dan pelajar mampu menjalankan proses P&P secara maya dan jarak jauh. Ruang pembelajaran menjadi semakin luas dan tidak terhad kepada satu-satu kawasan sahaja.

TWT - Thinking with Technology.

Keupayaan mengaplikasikan kecanggihan teknologi sedia ada mampu membantu kita untuk memaksimakan pencapaian dan meningkatkan tahap kerja kita di peringkat yang optimum.


Situasi 1: Pada masa dahulu, guru hanya menggunakan lembaran kertas untuk menulis nota, membentang pelajaran dihadapan murid-murid dan sebagainya.



Situasi 2: Pada zaman kini, guru dibekalkan dengan kemudahan komputer riba untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh melaksanakan pembentangan dengan lebih menarik menggunakan perisian-perisian tertentu seperti Microsoft Office Powerpoint dan sebagainya. Integrasi audio, visual dan grafik semasa pembentangan boleh mencetuskan minat murid untuk belajar dengan lebih berkesan.

Peta Minda


Konsep

Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah- sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya

Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputer. Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya

Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif. Ia selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan maklumat.

Penyelidikan- Otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan idea penting.

Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear.


^Gambar rajah Tulang Ikan diperkenalkan oleh Ishikawa Kaoru


Kegunaan Peta Minda

  • Menyampaikan persembahan
  • Mengambil nota semasa ceramah, kuliah
  • Daya ingatan meningkat 50%
  • Membuat perancangan-dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku , kuliah, mesyuarat dll
  • Kebaikan Peta Minda
  • Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan
  • Tingkatkan daya ingatan
  • Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan
  • Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna menarik
  • Penyelidikan- Semua idea atau maklumat yang telah dialami adalah dirakamkan dalam ingatan, peta minda sebagai kunci membuka pintu ingatan
  • Boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran-semua anggota bersedia dan terlibat
  • Sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan- ia ringkas, memberi makna yang nyata dan tersirat


"Asas kejayaan sesebuah tamadun manusia terletak kepada ketinggian penguasaan ilmu pengetahuan, bukan kepada kehebatan kita menyanyi.." Abu Kassim, Pensyarah IPGKTB.





05 January 2011

Konsep Kemahiran Teori Mendengar

Definisi
Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas.

Kepentingan
Tanpa kemahiran mendengar yang baik, sukar bagi murid menguasai kemahiran berbahasa yang lain.

Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan.











Halangan

Terdapat beberapa halangan yang mengganggu penguasaan kemahiran mendengar iaitu:

  1. Gangguan fizikal murid.
  2. Jantina - kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran mendengar berbanding kanak-kanak lelaki.
  3. Status sosioekonomi - Kanak-kanak yang berada dalam lingkungan persekitaran sosioekonomi yang baik lebih terdedah dengan pelbagai kemudahan yang membantu mereka untuk menguasai kemahiran mendengar dengan lebih pantas begitu juga sebaliknya.
  4. Gangguan bunyi.
  5. Masalah mental.
  6. Keliru dalam membezakan bunyi.
  7. Kelemahan dalam memahami apa yang didengar.

Prinsip-prinsip umum kemahiran berbahasa (mendengar):

  1. Guna bahasa standard - yang ditutur oleh penutur asli.
  2. Haruslah berdasarkan pengajaran lisan - komunikasi dua hala anda guru dan murid. (speaker and listener).
  3. Mesti mengikut susunan iaitu bermula dengan mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Mengapa prinsip-prinsip ini disusun sedemikian?

Prinsip-prinsip ini disusun sedemikian kerana ia sesuai dengan sifat semulajadi. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh pakar perkembangan kanak-kanak, hasil menunjukkan bahawa antara deria yang terawal yang berfungsi ialah pendengaran.

Selain itu, Firman Allah dalam ayat 78 surah An-Nahlu yang bermaksud : Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.

Berdasarkan kepada ayat diatas, ternyata Allah SWT mengurniakan pendengaran terlebih dahulu sebelum penglihatan.

Proses P&P juga haruslah berasaskan dari yang mudah kepada yang susah. Pendek kata, lisan mendahului tulisan.


Apa yang guru boleh laksanakan untuk aktiviti kemahiran mendengar?

  • Memberi latihan mendengar dan memahami percakapan.
  • Berikan latihan mendengar latihan, perintah atau suruhan.
  • Mendengar rakaman dan radio.
  • Aktiviti membaca bunyi.
  • Aktiviti mengenal bunyi-bunyi.
  • Main bunyi.
  • Latihan mendengar dan memahami bacaan.

Peringkat-peringkat kemahiran mendengar.
Peringkat-peringkat kemahiran mendengar terbahagi kepada 3 iaitu peringkat awal, pertengahan dan maju.

Awal

  • Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
  • Mendengar, mengecam makna perkataan, rangkai kata, frasa dan ayat.
  • Menjawab soalan-soalan yang mudah

Pertengahan

  • Mengecam dan mengingat fakta.
  • Mengenal informasi spesifik.
  • Mengesan urutan.
  • Proses mengenal sebab dan akibat.
  • Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraki.
  • Mengenal sikap dan perasaan orang yang sedang bercakap.

Maju

  • Mengenal isi-isi penting.
  • Mengenal peranan dan perhubungan.
  • Mentafsir.
  • Mencari jalan menyelesaikan masalah.
  • Mengikut aliran dalam dialog.

Konsep Asas Penilaian dan Pengukuran dalam P&P Pengajian Sosial

Maksud dan perbezaan
  • Pengukuran
  • Pengujian
  • Penilaian
  • Pentaksiran

PENGUKURAN

Proses nilai-nilai kuantitatif seperti peringkat dan kedudukan. Pengukuran digunakan untuk menguji pencapaian. Proses ini dijalankan selepasa satu sesi pelajaran. Pengukuran juga digunakan untuk tujuan pengumpulan data.

PENGUJIAN

Menurut Gagne, pengujian merupakan cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkahlaku individu. Pengujian juga merupakan satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan nilai. Pengukuran membantu memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

PENILAIAN

D. Stufflebeam menyatakan bahawa penilaian merupakan proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.




|Akan bersambung...|

04 January 2011

Budaya

Budaya didefinisikan sebagai satu cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...