Pembaca Setia

30 January 2012

10 perkara yang mesti saya buat semasa di sekolah pada hari pertama praktikum.

1. Datang awal.

2. Jumpa pengawal keselamatan sekolah dulu...kenalkan diri dan sembang2 sikit tentang sekolah.

3. Pergi ke pejabat, jumpa kerani dan maklumkan tentang tujuan hadir ke sekolah.

4. Mohon untuk berjumpa dengan GB.

5. Semasa berjumpa dengan GB, antara isi perbualan ialah:
  • Jadual waktu - maklumkan subjek apa, berapa masa minimum dan masa maksimum. (boleh jugak tanya PK Pentadbiran)
  • Buku RPH nak hantar pada hari apa? Selalu minta hari Isnin, so sabtu ahad boleh buat lg rancangan di rumah.
  • Siapa mentor saya?
  • Peraturan asas sekolah.
  • Minta tunjuk ajar. (soft skills neh)
6. Jumpa PK Pentadbiran untuk berbincang tentang jadual waktu, kelas, subjek, mentor dan lain2 yang berkaitan.

7. Jumpa PK Koko - Berbincang tentang aktiviti kokurikulum - persatuan, unit uniform dan persatuan.

8. Jumpa PK HEM

9. Cari tempat yang sesuai untuk kita port sepanjang praktikum.

10. Makan di kantin sambil kenal2 pengusahanya :)


Anda pun boleh buat mcm ni...dan lebih lagi :)

28 January 2012

Apa yang anda perlu tahu tentang PRAKTIKUM? (edisi guru pelatih IPG T.Bainun)

PRAKTIKUM kali pertama?

Masih gusar kerana maklumat kurang jelas?


Jangan bimbang. Anda kini boleh merujuk kepada slide yang telah disediakan pada post kali ini. Slide disediakan oleh pensyarah praktikum IPG T.Bainun dan telah ditaklimatkan kepada guru-guru pelatih dengan jelas.

notapismp sentiasa bersedia membantu anda! :)

p/s: gambar kurang jelas, sila klik pada gambar untuk besarkan imej.































11 January 2012

Psikoterapi

Psikoterapi berfokus kepada maalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. "Recovery of adequacy" (Casey 1996)

Konsep Kaunseling

Shertzer dan Stone (1968) - Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasi.

Arbukle (1965) - Kaunseling bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial, tetapi menolongnya memahami kelebihan dan kelemahannya,potensi dan keupayaannnya.

Patterson dan Eienberg (1983) - Proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan kepada klien pada akhirnya.

Kamus Dewan (1998) - Proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikan menemui bimbingan dan nasihat.

Apa itu Kajian Tindakan?

Kajian Tindakan merupakan satu usaha yang dilaksanakan untuk memperbaiki kaedah P&P guru dalam bilik darjah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...