Pembaca Setia

30 January 2012

10 perkara yang mesti saya buat semasa di sekolah pada hari pertama praktikum.

1. Datang awal.

2. Jumpa pengawal keselamatan sekolah dulu...kenalkan diri dan sembang2 sikit tentang sekolah.

3. Pergi ke pejabat, jumpa kerani dan maklumkan tentang tujuan hadir ke sekolah.

4. Mohon untuk berjumpa dengan GB.

5. Semasa berjumpa dengan GB, antara isi perbualan ialah:
  • Jadual waktu - maklumkan subjek apa, berapa masa minimum dan masa maksimum. (boleh jugak tanya PK Pentadbiran)
  • Buku RPH nak hantar pada hari apa? Selalu minta hari Isnin, so sabtu ahad boleh buat lg rancangan di rumah.
  • Siapa mentor saya?
  • Peraturan asas sekolah.
  • Minta tunjuk ajar. (soft skills neh)
6. Jumpa PK Pentadbiran untuk berbincang tentang jadual waktu, kelas, subjek, mentor dan lain2 yang berkaitan.

7. Jumpa PK Koko - Berbincang tentang aktiviti kokurikulum - persatuan, unit uniform dan persatuan.

8. Jumpa PK HEM

9. Cari tempat yang sesuai untuk kita port sepanjang praktikum.

10. Makan di kantin sambil kenal2 pengusahanya :)


Anda pun boleh buat mcm ni...dan lebih lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...