Pembaca Setia

21 May 2012

Rekabentuk Penyelidikan - Kajian Kuantitatif, Kualitatif dan Gabungan

KAJIAN KUANTITATIF (positvis)

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:

i) Kajian Deskriptif (Tinjauan)

ii) Kajian Korelasi

iii) Causal Comparative (Sebab-akibat)

iv) Kajian Eksperimental


KAJIAN KUALITATIF (interpretatif)

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:

i) Etnografi

ii) Kajian Tindakan

iii) Kajian Kes

iv) Sejarah

v) Naratif



PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur.

KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.



ii) Instrumen Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah instrumen utama    memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.



iii) Reka bentuk Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.

KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.
 


iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.



v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
 
KAJIAN KUALITATIF
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.




KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...