Pembaca Setia

21 May 2012

Soal Selidik


Soal selidik ialah alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini biasanya disediakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya boleh juga digunakan.

Sekiranya penyelidik perlu menyediakan instrumen soal selidik beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Ciri-ciri instrumen soal selidik yang baik:
- sesuai dengan kesediaan responden,
- format instrumen yang sistematik,
- arahan yang jelas,
- surat dan dokumen disertakan bersama instrumen kajian
- ujian rintis dijalankan sebelum instrumen digunakan
(Chua, 2006).

Panduan membentuk item-item soal selidik
- penggunaan bahasa yang mudah,
- selaras dengan responden,
- elakkan soalan yang sukar,
- soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden,
- elakkan soalan dwi-maksud, soal selidik yang terlalu panjang,
- elakkan soalan yang kabur,
- elakkan mendorong jawapan yang digemari masyarakat,
- elakkan soalan yang berarah dan item yang negatif
(Merican, 2006).

Item-item soal selidik boleh menggunakan ukuran dalam bentuk skala likert, skala perbezaan semantik, skala Thurstone dan skala Gutman(Gay & Airasian, 2000)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...