HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

21 February 2017

PdPC Abad ke-21 oleh SISC AZURA

video



Klip video ceramah SISC AZURA, PdPC Abad ke-21.








Intipati ceramah: 

1. Cara mengenal pasti guru yang dicerap melaksanakan PdPC Abad ke-21 



2. Ciri guru Abad ke-21 




3. Cara melaksanakan flipped classroom dan blended classroom 



4. Cara mengawal kelas menggunakan tanda isyarat 




5. Aktiviti pembelajaran koperatif secara hands-on














KREDIT: SISC AZURA atas keizinan perkongsian.  




SISC AZURA Graduan Bacelor Pendidikan Pengajaran B Melayu UPM & Sarjana Pendidikan B Melayu UKM. GC BM. SISC+ BM


14 February 2017

Parking Lot?



Tujuan asal parking lot adalah untuk murid bertanya soalan yang tidak sempat ditanya pada waktu cikgu mengajar. Mungkin tidak sempat bertanya sebab tiada masa atau murid memang jenis pemalu nak bertanya secara lisan.







Tapi, cikgu boleh luaskan kegunaan parking lot asalkan dapat membantu mencapai kemenjadian murid. Jadi cikgu boleh galakkan murid guna parking lot untuk tanya soalan, bagi idea, kongsi masalah atau apa-apa sahaja ekspresi murid.

Parking lot ni juga salah satu cara untuk memotivasikan murid-murid - berasa lebih berani untuk bertanya, tidak memendam perasaan, tiada rasa rendah diri dan rasa ada hak untuk memberi maklum balas tentang cara cikgu mengajar.

Pesan mentor saya mengenai parking lot



"...........parking lot juga adalah medium bagi murid-murid mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada cikgu-cikgunya.........."



Tutorial D.I.Y Parking Lot

Peralatan:

1 x papan lapis - apa-apa saiz-
12 x skru
1 m tali
50 x penyepit hiasan - saya beli di kaison rm5.00-.
1 x penyangkut
kertas berwarna
cat
Pemutar skru




1. Pasang skru di bahagian tepi papan lapis seperti dalam gambar. Skru akan berfungsi sebagai tempat menggantung tali.
2. Masukkan tali pada lubang tengah yang terdapat pada penyepit hiasan. Selang-seli berwarna-warni.



3. Cat papan lapis dengan warna pilihan. Saya pilih putih kerana penyepit sudah berwarna-warni.


4. Pasangkan penyangkut dan anda boleh gantung parking lot yang telah siap di dalam kelas.




Semoga Bermanfaat.
Terima Kasih.





Jemput Datang


Anak panah menunjukkan kedudukan Kampung Banyok, Sibu.


Sekolah Kebangsaan Kampung Banyok.

Indah dikelilingi lembangan sungai.

Orangnya baik-baik.

Udaranya segar dan nyaman.

Jemput datang!








Jika anda tidak ingin belajar, tak seorang pun yang akan menolong anda. Sebaliknya jika anda memutuskan untuk belajar, tak seorang pun yang mampu menghentikan anda.

12 February 2017

TUTORIAL KEMASKINI TRAINING NEED ANALYSIS (TNA) - Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia




KEPENTINGAN TNA

Menentukan sama ada latihan.

Menentukan sebab prestasi lemah.

Menentukan isi kandungan dan skop latihan.

Menentukan hasil latihan yang diinginkan.

Membekalkan asas pengukuran.

Mendapatkan sokongan pengurusan.



Tutorial:

(Versi PDF di akhir artikel)


Langkah 1: Taip carian ' splkpm' atau alamat ini https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/

Langkah 2: Klik Modul Individu.

Langkah 3: Isi ruangan ini. Jika terlupa kata laluan, hubungi SULDP sekolah.


Langkah 4: Pilih TNA - Di bahagian bawah, sebelah kiri.


Langkah 5: Isi ruangan yang berkenaan.


Langkah 6: Klik hantar setelah selesai.


Langkah 7: Paparan "MAKLUMAT SOAL SELIDIK TELAH DIKEMASKINI KE DALAM PANGKALAN DATA
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA" akan keluar selepas anda klik butang hantar.


Langkah 8: Anda boleh mencetak TNA yang telah selesai dijawab untuk rujukan.





VERSI PDF - KLIK PADA GAMBAR

 Download





SEMOGA BERMANFAAT.

TERIMA KASIH







11 February 2017

Kelas Cikgu Syam. From poor to super. InsyaAllah :)






Layan lagu dulu sambil2 membaca... abaikan part akhir tu. Suka terlebih :)



video


SEDIKIT PUN KU TAK  MERASA MALU
MENUNTUT ILMU DENGAN GURU-GURU
BUKAN BERERTI AKU TIDAK PANDAI
UNTUK TERUS BERJAYA
OOO

KU  TAK PERNAH MERASA KELETIHAN
ATAU MENGANGGAP SEBUAH COBAAN
NASIB HIDUP  PERLU BERUBAH
DAN TERUS BELAJAR

*CIKGU-CIKGU 
TOLONGLAH  BIMBING KAMI
BERIKAN KAMI ILMU
UNTUK TERUS BERJAYA 
(2 KALI)

AKU MASIH INGIN TERUS BELAJAR
MEMBALAS JASA IBU DAN BAPA
AKU MASIH INGIN TERUS BELAJAR
WALAU ADA CABARAN
OOO

TAKKAN KU BIARKAN IBU KECEWA
DAN MEMBUAT AYAHKU TAK BERSUARA
KU YAKIN DI SUATU  SAAT NANTI
AKU AKAN BERJAYA

CIKGU-CIKGU 
TOLONGLAH  BIMBING KAMI
BERIKAN KAMI ILMU
UNTUK TERUS BERJAYA

ULANG * CIKGU-CIKGU

TAKKAN KU BIARKAN IBU KECEWA
DAN MEMBUAT AYAHKU TAK BERSUARA
KU YAKIN DI SUATU  SAAT NANTI
AKU AKAN BERJAYA



Lagu: BERIKAN KAMI ILMU   (JOMBLO HAPPY)
Penyanyi: Asma, Aaliya, Aznee, Deniel dan Zul - Tahun 4
Lirik: Cikgu Syam





Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Inilah pepatah yang sesuai dengan anak-anak murid cikgu. Nak kelas cantik macam kelas kawan2 lain di bandar, macam dalam tv. Kelas bangunan papan, ada papannya yang mula mereput. Ada harapan lagi ke nak cantikkan kelas ni? Ada! 



Terima kasih juga saya ucap pada rakan-rakan guru seluruh negara yang tak lokek ilmu menyumbang idea masing-masing di laman Facebook  TcherCollection - TC.  Jasamu dikenang!





Cuba lihat di luar kelas. Masih gelap gelita. Waktu ini sejuk sangat-sangat. Tapi dah ada murid yang tunggu cikgu datang, nak bantu balutkan meja bersama-sama sebab hari sebelumnya cikgu ada kata nak balutkan meja. Pukul 6.30 pagi, kami berdua mula membalut.. Apabila murid dah tunjuk semangat macam ini, cikgunya mestilah lebih bersemangat! :) 



Sekadar nak berkongsi dengan rakan-rakan. Mungkin ada idea yang boleh dicedok atau mungkin juga ada yang boleh ditegur supaya saya dapat buat yang lebih baik. 

Kepada anda yang sedang membaca, doakan kejayaan anak-anak didik cikgu..di dunia & akhirat.


Cikgu tak sempat nak 'caption' semua gambar.. ada masa nanti cikgu buat sikit-sikit.






Sebelum bermula, inilah keadaannya... 


Pengadang anjung kelas cikgu, akhirnya rebah ke bumi. Mujur sekolah cikgu ada staf2 yang pandai bertukang. :)

Tukang kebun dan kerani yang tak pernah berkira buat apa sahaja kerja.. membaiki bangunan pun dia juga. Itulah istimewanya masyarakat di sini.

Encik Sulaiman dan Encik Shahbandi.









AYUH, KITA MULA! :)


Modal:

Semangat
&
Keringat


Jika hendak, seribu daya. Kekuatan kita adalah apa yang kita percaya.

Mesin laminate ni senjata utama guru-guru di Malaysia. Ya kan? :)

Cikgu guna pelaka..sebab ni je yang ada pada masa tu. Zero budget (frasa yang popular tahun ini :p). Guna apa yang ada sahaja. Kalau terpaksa, baru beli - Modal sendirian berhad. hehehe.






Langsir lama..sudah mula mereput.



Papan kenyataan tiada, tampal-tampal sahaja :)

Ruang depan masih kurang menarik perhatian murid-murid cikgu.

Nanti kita balut meja tu semuaaaa :)

Jam? Nanti beli di Kaison.

Siap buat papan kenyataan.. :)






Mula nak seronok dah sikit-sikit dengan kelas mereka.

Tag kehadiran. Biar mereka design sendiri.


Burung hantu dah sesak :)


Seumur hidup tak pernah pergi beli kain langsir sendiri..apatah lagi nak menjahit,

Staple sahaja langsir tu. Cikgu tak pandai menjahit,

Buat scallop guna cable tie. Jenuh juga bertutorial di youtube. :)

video
Video: Murid-murid sedang membuat bunga hiasan menggunakan barangan terbuang.


Bunga. Guna botol air minuman 1.5 liter.

Mat bunga.


Kerjasama.. Nak kelas cantik macam sekolah bandar.





Paling seronok masa ni, cikgu dapat terap nilai2 murni. 








Jemur. Kelas2 lain mula jeling2. Murid ni dah mula kembang hidung :p





Bunga dah siap. Skru kan saja.

Mula membaca - Gallery Walk.


Lubuk guru-guru mencari barang hiasan dalaman kelas.

Pergi Kaison, dapat tangkap reben2 tu saja.


Traffic light

Cat bekas telur. Tapi belum tahu untuk apa. :)




Punch Card kelas kami,




Kesannya bila kelas dah cantik. Pukul 6.30 pagi dia dah datang nak sambung hias kelas yang tak sempat siap semalam.

Cikgu-cikgu lain sponsor bekas telor. Terima kasih!

Baru dapat idea nak buat apa dengan bekas telor yang sudah dicat! Nampak tak doa di penjuru meja tu? Tengok bawah ni siapa yang buat :)

Terima kasih Cikgu Arisya

DIY bekas kapur.



DIY pasu guna botol syampu rambut. Murid bawa.




Membatangkan traffic light.

Bikin tempat letak batang-batang traffic light.



Murid paling rajin. 

Tambah bintang-bintang kecil.


Dinding dah penuh, lantai pula jadi mangsa. 3D kolam ikan koi - LAZADA.









Masing-masing teruja. Ada ustaz guna kolam ni buat tutorial wuduk. :)

Teruja. Beratur untuk mengambil traffic light masing-masing. Pertama kali nak guna :)




Alhamdulillah, disiplin mereka semakin bagus.

Sekali-sekala teringin buat kerja tepi kolam ikan. :)









Kuda kepang. Terap nilai warisan dan sejarah supaya mereka kenal dunia luar sama seperti anak-anak murid di bandar yang selalu berpeluang menyertai lawatan sambil belajar - muzim, zoo, pantai....dll.


Wayang kulit. Cikgu sekolah sponsor untuk kelas kami. Terima kasih!




Bikin Parking Lot.



Balut meja. Cantik, baru semangat!


Anak murid buat tanpa disuruh. Hari ini buat satu, esok dua, lusa tiga..sampai penuh!



Lencana sekolah. Sayang kelas, sayang sekolah juga. Tak kenal maka tak cinta!

Mereka ni pakar mengecat dan mewarna. Jadi, cikgu tak perlu lagi nak tempah banner lencana sekolah.. kertas mahjong, cat pelaka - - ON!





Cikgu cari pembalut meja.. bagi cantik dan tahan lama.


Hari berikutnya..




Sumber: Panitia Pendidikan Seni. Terima kasih!

Jessica. Murid ini istimewa. Tahun ini banyak menyentuh hati cikgu. 







Wording, biar cikgu yang uruskan :)


Terima Kasih Ustazah Aisah. Cikgu dah lupa nak tulis jawi. Mujur.... :p



Bata pun nak cat? Ya la.. apa yang boleh bagi cantik, kita cantikkanlah :)

Mengecat batang kayu untuk dibuat 'JORAN MAGNET'.

Murid-murid kumpul cawan kertas Milo. Jenuh fikir juga nak bikin apa. Tak apa, simpan dulu. Idea nanti2 datang.

Ada murid bawa magnet suruh cikgu buat sesuatu. Inilah hasilnya. Pancing!

Ini bukan sekadar kelas. Ini taman permainan. Maaf cikgu2 kelas sebelah, kelas cikgu sangat bising :p




Idea dah datang. 



Putih, suci. Macam anak-anak murid cikgu. 


Nampak tak muka mereka? Kalau anda jadi cikgu, rasa bahagia tak tengok muka macam ni? :)




Kami di kampung, setakat penyendal pintu tu tak perlulah dibeli.. bikin saja :)










Cikgu tak akan lupa sambut birthday kamu semua. Ini dah gantung. Hari2 kita tengok!


Kita belajar buat iThink.








Hai! Saya Cikgu Syam.

Murid tersalah eja..BEGANDA  - - -  BERGANDA. Terpaksa tumpang di pintu dulu..dinding dah penuh..

Anak-anak murid memang teruja kalau cikgu buka page FB TcherCollection-TC... Tengak kelas kawan-kawan lain hebat-hebat, cantik-cantik... (Cikgu buka FB dalam kelas???????????? Hehehe. Jangan la emo, tujuan cikgu baik. Nak bagi motivasi.)






Setelah hampir dua bulan kami bersama-sama menghias kelas ini, kini semua seronok belajar, seronok duduk dalam kelas, seronok aktiviti.. semoga keseronokan ini berpanjangan... amin :)




Gambar-gambar di bawah ini gambar kami sedang belajar. Kredit kepada SISC Sibu, Encik Razali Suruji untuk gambar-gambar di bawah ini. Terima kasih!




















Ruang Tarikh Hari Jadi Anak-Anak Murid


Aktiviti Round Table

Didik Hibur







Parking Lot

Gallery Walk






Traffic Light





















TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN MORAL ANDA SEMUA


Alhamdulillah. Apabila kelas ceria, murid seronok belajar.. Seronok mereka apabila cikgu beritahu ada pelawat nak datang rakam video mereka belajar :)


Komen waris kepada anak murid cikgu - Asma Farhana.



Cikgu sangat yakin post kali ini ada pro dan kontranya. Mungkin ada yang menilai untuk mengambil motivasi dan berkongsi idea. Mungkin juga ada yang nak kata cikgu menunjuk2 hasil kerja. Apa pun, Cikgu Isabel dah pesan awal2.. "dont let all the negative things let u down.". Terima kasih cikgu :)


Gambar di bawah:
Kunjungan Timbalan PPD Sibu, Puan Hajah Salemah Binti Haji Chali








Nanti kita bersua lagi. Kita tangguh dulu :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...