HUBUNGI SAYA

HUBUNGI SAYA
STESEN BERKHIDMAT SEMASA

Pembaca Setia

11 February 2017

Bimbingan SISC+ PPD Sibu, Sarawak

BIMBINGAN BERSAMA ENCIK RAZALI SURUJI, SISC+ PPD SIBU, SARAWAK.



RPH BAHASA MELAYU TAHUN 4: KLIK PADA GAMBAR

 RPH BAHASA MELAYU TAHUN 4
Sekadar perkongsian. Bukanlah yang terbaik. Guru-guru boleh ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

BAHAN LEMBARAN KERJA: KLIK PADA GAMBAR
 LEMBARAN KERJA

Keadaan kelas Tahun 4, Sekolah Kebangsaan Kampung Banyok, Sibu, Sarawak.



Set induksi - Permainan teka kata.

Guru memperkenalkan fungsi Parking Lots kepada murid.





Murid-murid memberi respon melalui kaedah traffic light. Merah - tidak faham, Kuning - masih keliru dan Hijau - Faham.

Parking Lots. Murid boleh menulis apa sahaja di ruangan ini. Perasaan & Persoalan.


Setiap murid dibekalkan dengan satu set traffic light selepas berakhirnya set induksi.


Lembaran kerja diedarkan oleh guru.


Murid mengenalpasti maklumat di dalam petikan untuk melengkapkan peta pemikiran iTHINK - Peta Buih di papan hitam.



Murid menulis nota untuk guru - Parking Lots.


Bimbingan terus kepada murid belum menguasai. Sedikit ganjaran/hadiah diberi jika murid boleh mencapai objektif.


8 Pesanan Pembimbing:

  1. Tulis standard kandungan dan standard pembelajaran di sudut papan hitam sebelum mula mengajar.
  2.  Jelaskan kepada murid  objektif yang perlu dicapai.
  3. Set induksi wajib ada.
  4. Pastikan ada soalan KBAT.. "andainya kamu.....apakah yang akan kamu lakukan?"...
  5. Guna salah satu peta pemikiran iThink. 
  6. BBM sekurang²nya satu.
  7. Jika ada murid buat salah, terus tegur dan betulkan.
  8. Nilai² murni wajib ada.

Semoga bermanfaat. Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...